Isnin, 9 Januari 2012

MPS Juara Liga Taman Piala Yang DiPertua MPS 2012

30 Disember 2011, Seremban: Setelah bergelar juara pada tahun 2011, sekali lagi pasukan bolasepak Majlis Perbandaran Seremban (MPS) berjaya merangkul kejuaraan Pertandingan Bolasepak Liga Taman Piala Yang DiPertua MPS.

Pertandingan akhir ini menemukan pasukan MPS menentang pasukan Rasah Jaya FC. Perlawanan akhir berlangsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi. Pertandingan yang sengit ini berakhir dengan keputusan MPS menang dengan jaringan 3-2. Pasukan Majlis Perbandaran Nilai (MPN) pula telah terkandas di peringkat Suku Akhir kepada pasukan Rasah Jaya FC.

Pertandingan Akhir ini telah disaksikan sendiri oleh YBhg Dato' Hj Abd Halim bin Hj Abd Latif, Yang DiPertua Majlis Perbandaran Seremban. YBhg Dato' Halim juga telah menyampaikan kesemua hadiah-hadiah kepada para pemenang. YBhg Dato' Halim telah ditemani oleh En Bachik bin Osman, Pengarah Jabatan Sukan, Warisan, Kesenian dan Pelancongan MPS dan En Syamsul Amri bin Hj Ismail, Pengarah Jabatan Undang-Undang & Penguatkuasaan MPN.

Di akhir pertandingan YBhg Dato' Halim telah mengumumkan bahawa hadiah kejuaraan pertandingan ini akan dinaikkan daripada RM 5,000 kepada RM 7,000 kepada pasukan yang bergelar juara bagi tahun 2012 nanti.

Dengan ini EDITOR mengucapkan syabas dan tahniah kepada yang berjaya dan kepada yang gagal jangan putus asa, cuba lagi di masa akan datang.


Suasana ketika perlawanan akhir berlangsungPerlawanan yang sengit....Di antara penonton yang hadirKapten pasukan menerima hadiah daripada Dato' Yang DiPertua Bergambar kenangan selaku Juara Liga Taman 2011 !

Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: