Khamis, 2 September 2010

En Kamaruzaman Bahaman Dimasukkan Ke Wad!!

En Kamaruzaman Bahaman, Pengarah Jabatan Perlesenan, Perkhidmatan Perbandaran Kesihatan & Hal Ehwal Penjaja (JPPPKHEP) telah dimasukkan ke wad pada 1 September 2010 ekoran daripada masalah paru-paru berair. En Kamaruzaman yang baru sahaja kembali daripada mengerjakan umrah beberapa hari yang lalu terpaksa dimasukkan ke wad setelah mengalami batuk yang agak teruk. Beliau terpaksa dimasukkan ke wad bagi rawatan mengeluarkan air dari dalam paru-paru nya. Beliau telah dirawat di Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur.
.
Pada 3 September 2010, En Syamsul Amri (Pengarah Undang-Undang), En Nasiruddin (Pengarah Landskap), Pn Norhezlin (Pengarah Bangunan) dan Pn Ruhiyati (Pengarah Perbendaharaan) telah hadir menziarah bagi meninjau keadaan En Kamaruzzaman.
.
Ketika ditanya, En Kamaruzaman memaklumkan bahawa lebih kurang 5 liter air yang perlu dikeluarkan daripada paru-paru beliau. Beliau tetap kelihatan ceria meskipun dalam keadaan tubuh beliau yang masih lemah. Namun beliau kelihatan lebih stabil dan normal berbanding ketika mula-mula beliau dimasukkan ke dalam wad.
.
Kepada sesiapa yang berhasrat menziarah En Kamaruzzaman maka bolehlah berbuat demikian dengan pergi ke Bilik 7, Tingkat 5, Wad An-Naeem, Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur. Dengan ini EDITOR dan keseluruhan warga kerja Jabatan Undang-Undang mengucapkan selamat sembuh buat En Kamaruzaman agar dapat kembali semula bertugas seperti biasa.
.
En Kamaruzaman tetap kelihatan ceria walaupun dalam keadaan yang kurang sihat
Inilah di antara air yang telah dikeluarkan daripada paru-paru En Kamaruzaman Dari kiri; En Nasiruddin (berdiri), Pn Norhezlin, dan Pn Ruhiyati
En Syamsul (baju merah) dan En Nasiruddin ketika sedang berbual dengan En Kamaruzaman
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: