Khamis, 2 September 2010

Penyampaian Cenderahati Peserta Tadarus Al-Qur'an

Pada 3 September 2010, telah berlangsungnya satu majlis ringkas penyampaian cenderahati buat kesemua peserta Tadarus Al-Qur'an Majlis Perbandaran Nilai. Alhamdulillah kesemua peserta telah berjaya secara bersama-sama khatam Al-Qur'an pada 30 Ogos 2010. Seramai 18 peserta telah menyertai program Tadarus pada tahun ini.
.
Majlis penyampaian cenderahati ini telah disempurnakan sendiri oleh En Syamsul Amri bin Hj Ismail, Pengarah Undang-Undang MPN selaku Jabatan yang menganjurkan program Tadarus ini. Penyampaian cenderahati ini telah diadakan di Surau MPN pada jam 9.00 pagi.
.
Berikut merupakan senarai peserta yang menyertai program Tadarus bagi tahun 2010 ini;
.
PESERTA LELAKI
.
1. En. Syamsul Amri bin Hj Ismail
2. En Zulkiefly bin Nasir
3. En Zeneri bin Md Som
4. En Safwan bin Ahmad
.
PESERTA WANITA
.
1. Pn Nor Azura
2. Pn Suzana
3. Pn Hamidah
4. Pn Rizawani
5. Pn Zukarziah
6. Pn Maria
7. Pn Robiah
8. Pn Norleeza
9. Pn Rozaidah
10. Pn Nur Syazrina
11. Pn Noor Azlina
12. Pn Hairul Hidayah
13. Cik Fitri Omesa
14. Pn Norita Bakri
.
Akhir kata, terima kasih buat kesemua peserta yang menyertai program ini dan adalah diharapkan agar lebih ramai lagi yang akan menyertai program Tadarus ini pada tahun hadapan, mudah-mudahan.
.

Hadiah berupa Al-Qur'an dan Rehal
Hadiah disusun rapi sebelum penyerahan dibuat
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: