Isnin, 20 September 2010

Majlis Jamuan Hari Raya Aidil Fitri MPN

MAJLIS JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI
MAJLIS PERBANDARAN NILAI
20 SEPTEMBER 2010
11.00 pagi hingga 3.00 petang
.
.
Pada 20 September 2010 bersamaan dengan 11 Syawal 1431 hijrah telah diadakan satu majlis jamuan Aidilfitri Majlis Perbandaran Nilai bertempat di dewan Majlis Perbandaran Nilai. Majlis tersebut dimeriahkan dengan kumpulan cak lempong yang didatangkan dari Taman Tuanku Jaafar dan pada majlis tersebut juga turut diceriakan dengan kehadiran Menteri Besar Negeri Sembilan Y.A.B Datuk Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan serta YBhg Dato' Haji Abdul Halim Bin Haji Abd Latif selaku yang Dipertua Majlis Perbandaran Nilai.
.
Antara jamuan yang disediakan adalah Sate, Nasi Beriani, Laksa, Lemang, Nasi Impit, Cendol, Air Minuman dan lain-lain lagi aneka makanan. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Ahli Majlis MPN, Pengarah-Pengarah Jabatan MPN tetamu jemputan dan kakitangan MPN. Berikut adalah gambar-gambar yang sempat diambil:-
.
Kumpulan Cak Lempong yang memeriahkan suasana
(fndy@7: sedap suara penyanyi cak lempong merangkap juruacara :)


Tetamu kehormat YAB Menteri Besar Negeri Sembilan
(fndy@7: terima kasih Datuk Seri nak duit raya :)
Menteri Besar bersalam dengan Pegawai-Pegawai MPN
(fndy@7: meriah suasana open house MPN)
Walaupun dipenuhi dengan undangan namun YAB Menteri Besar sempat meluangkan masa untuk hadir Kelihatan Dato' Yang Dipertua MPN hadir ke Majlis
(fndy@7: terkejut dengar pengunguman Dato YDP hadir, jurugambar tengah menyuap sate :)

Tetamu-tetamu yang hadir
(fndy@7: segak berbaju Melayu dihari raya :)
Kelihatan Pengarah Jabatan Undang-Undang & Penguatkuasaan
En Syamsul Amri Bin Hj Ismail
(fndy@7: PUU tak buat open house ke tahun ni :)
Kelihatan Sri Kandi - Sri Kandi MPN menjamu selera
(fndy@7: time nak bergambar sanggup berhenti makan yek :)
Keceriaan Raya terpancar dari wajah Pn Iszra
(fndy@7: ceria betul first time raya ngan baby baru ye, apa pun samela kita first time raya dengan baby hehehe :)

Antara Kakitangan JUUP yang hadir
(fndy@7: serius time makan, gendang gendut di Aidilfitri, kenyang perut suka hati :)
Enak Menjamu selera jangan lupa yang berduka
(fndy@7: jemput makan tapi jangan lupa open house haa.... :)
(fndy@7: Dikesempatan ni sy nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri ampun maaf zahir dan Batin jemput-jemput la datang rumah :)
.
.
.
Disediakan Oleh : EDITOR

Tiada ulasan: