Selasa, 21 September 2010

Penyampaian Bantuan Buat Keluarga Cik Azura Rusdi Makarim

21 September 2010, Seremban : Jabatan Undang-Undang & Penguatkuasaan telah mengadakan derma kilat khusus untuk Cik Azura Hanum bt Rusdi Makarim, Penolong Juruaudit yang baru sahaja kehilangan ayahanda tersayang Allahyarham Rusdi Makarim yang diserang angin ahmar. Allahyarham menghembuskan nafas yang terakhir pada 16 September 2010 yang lalu di Hospital Besar Seremban.
.
Sumbangan ikhlas daripada Jabatan Undang-Undang & Penguatkuasaan ini telah disampaikan sendiri oleh En. Syamsul Amri bin Hj Ismail (Pengarah Undang-Undang, Majlis Perbandaran Nilai) di kediaman Cik Azura di No 2641, Jalan RJ 3/16, Taman Rasah Jaya. Kehilangan ini pasti membawa kesan besar kepada keluarga Cik Azura memandangkan ayahanda beliau meninggal dunia di dalam suasana Syawal.
.
Apa pun EDITOR blog JUUP dan sekelian warga kerja Jabatan Undang-Undang & Penguatkuasaan mengharapkan agar Cik Azura dan keluarga dapat bersabar menghadapi dugaan ini serta bersama-sama mendoakan kesejahteraan rohnya agar ditempatkan di kalangan mereka yang beriman dan bertaqwa. Mudah-mudahan.
. Azura dan Ibunya menerangkan kondisi serta keadaan Allahyarham sebelum meninggal dunia
En Syamsul menyampaikan rasa simpati serta takziah mewakili JUUP buat sekelian ahli keluarga Cik Azura Hanum
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: