Forum Perdana Hal Ehwal Islam
Anjuran
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Bertempat di Stadium Tertutup Nilai
.
24 September 2010
9.00 malam
.
Tajuk : Peranan Mahasiswa Menangani Masalah Sosial
.
Satu program Forum Perdana telah dianjurkan di Stadium Tertutup Nilai. Program ini telah dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Forum Perdana yang berkisarkan permasalahan sosial masakini ini telah menarik kehadiran kira-kira 1,000 orang penonton.
.
Di antara ahli panel yang terlibat adalah YBhg Ustaz Fauwaz bin Hj Mohd Fadzil (Penceramah Bebas), YBhg Ustaz Syamsul Hakim (Penceramah Bebas yang juga bekas pelajar USIM) dan juga YBhg Saudara Syamsul Amri Ismail (Pengarah Undang-Undang Majlis Perbandaran Nilai - MPN). Forum ini telah dipengerusikan oleh YBhg Ustaz Toha, Pelajar USIM sendiri.
.
Forum ini telah bermula sejak jam 9.00 malam dan berakhir kira-kira jam 11.45 malam. Forum ini telah diakhiri dengan persembahan nasyid oleh kumpulan 'One-Soul' daripada USIM.
.






Tiada ulasan:
Catat Ulasan