Selasa, 5 Oktober 2010

Forum on "Building Vibrant and Liveable Cities" di INTAN Bukit Kiara

5 Oktober 2010, Kuala Lumpur : Satu Forum telah dianjurkan di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) di Bukit Kiara. Forum ini bertajuk "Building Vibrant and Liveable Cities". Ahli Panel Forum terdiri daripada Councillor Paul Scriven, yang merupakan Datuk Bandar bagi Sheffield City Council, United Kingdom dan juga Dr. Lawrence Tseu, daripada Kementerian Perumahan dan Pembangunan Luar Bandar, Sarawak. Forum telah berlangsung di Dewan Banquet, INTAN Bukit Kiara mulai jam 9.00 pagi hingga ke jam 12.00 tengahari.
.
Forum ini telah turut dihadiri oleh pegawai-pegawai Majlis Perbandaran Nilai (MPN) yang diketuai oleh Dato' Hj Abd Halim bin Hj Abd Latif (Yang DiPertua), Tn Hj Ali Luman (Setiausaha), En Syamsul Amri Ismail (Pengarah Undang-Undang), En Nasiruddin Ab Rahman (Pengarah Jabatan Landskap), En Nazri A Ghani (Pengarah Jabatan Perancang Bandar & Desa), En Saiful Azuar (Pengarah Jabatan Hal Ehwal Komuniti), En Alias Mansor (Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan), Pn Ruhiyati Idayu (Pengarah Jabatan Perbendaharaan), Pn Norhezlin Amat (Pengarah Jabatan Bangunan) dan Pn Farah Saffarizan (Pengarah Jabatan Teknologi Maklumat).
.
Forum ini telah dimulakan dengan pembentangan Councillor Paul Scriven dengan tajuk "Building High Quality of Urban Life : The Sheffield Experience", diikuti dengan pembentangan Dr Lawrence Tseu bertajuk, "Urban Transportation: Sustaining Cities' Ambience and Efficiency". Sebaik sahaja selesai kedua-dua pembentangan ini, sesi telah dibuka untuk sesi soal jawab yang mana dikemukakan untuk dijawab oleh kedua-dua ahli panel ini.
.
Program forum ini berakhir kira-kira jam 12.30 tengahari sebaik sahaja selesai jamuan makan yang disediakan.
.
Suasana ketika sesi pembentangan Councillor Paul Scriven dijalankan Suasana dari belakang dewan
Semua peserta daripada pelbagai agensi yang hadir mendengar pembentangan yang disampaikan
Pembentangan daripada Dr Lawrence Tseu
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: