Selasa, 20 Januari 2009

Gotong Royong Perdana di Taman Semarak

Kempen Kebersihan Perdana
Bersempena Sambutan Hari Kesihatan Sedunia 2008
3 Ogos 2008
Taman Semarak, Nilai



Satu program gotong-royong perdana bersempena dengan Sambutan Hari Kesihatan Sedunia telah diadakan di Flat Taman Semarak mulai jam 8.00 pagi pada 3 Ogos 2008. Program ini merupakan program anjuran bersama MPN, Jabatan Kesihatan, Persatuan Penduduk & KRT Taman Semarak serta beberapa pertubuhan politik seperti MCA, MIC dan Gerakan.

Program ini telah dimulakan dengan Bacaan Doa oleh Tuan Haji Mohd Nor (Ahli Majlis, MPN). Kemudian disusuli dengan ucapan alu-aluan oleh YBhg Dato Hj Abd Halim bin Abd Latif, Yang DiPertua, MPN. Kemudian Yang Berhormat, Tuan Siow Chen Pin, Exco Bertindak Perumahan & Kerajaan Tempatan, Kampung Baru dan Pengangkutan Awam. Beliau telah menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan program ini.

Program ini telah diangkat menjadi sebahagian daripada aktiviti di dalam Local Agenda 21.



















- Editor -

Tiada ulasan: