Selasa, 20 Januari 2009

Majlis Bacaan Yasin & Tahlil Sempena Ramadhan

Majlis Bacaan Yasin & Tahlil Arwah
19 September 2008
Surau Majlis Perbandaran Nilai



Satu Majlis Bacaan Yasin & Tahlil Arwah bersempena dengan bulan Ramadhan Al-Mubarak telah diaturkan oleh Jawatankuasa Kelab Jabatan Undang-Undang. Program ini diadakan pada seawal jam 5.00 petang selepas Solat Asar. Program ini dimulakan dengan bacaan Yasin yang diketuai sendiri oleh En Syamsul Amri Ismail (Pengarah Undang-Undang MPN).

Selepas selesai bacaan Yasin, majlis diteruskan dengan Tahlil Arwah dan diikuti dengan doa selamat.

Selepas selesai doa selamat, majlis diteruskan dengan Majlis Berbuka Puasa di kantin MPN. Majlis berbuka puasa ini turut dihadiri oleh En Nasiruddin (Pengarah Jabatan Landskap MPN). Setelah selesai majlis berbuka puasa, keseluruhan yang hadir terus bersama-sama bersolat Maghrib berjemaah di Surau MPN yang diimamkan oleh Pengarah Undang-Undang MPN.











- Editor -

Tiada ulasan: