Isnin, 19 Januari 2009

Latarbelakang Pengarah Undang-Undang MPN


Syamsul Amri bin Ismail, dilahirkan pada 03 Ogos 1977, mendapatkan pembelajaran awal di Sekolah Kebangsaan Paroi dari 1983 hinggalah ke tahun 1989. 

Kemudian beliau melanjtkan pelajaran ke Sekolah Menengah Agama Persekutuan, Labu mulai 1990 hinggalah ke tahun 1992. Pada tahun 1993 beliau telah melanjutkan pelajarannya di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Shekh Hj Mohd Said sehingga tahun 1994. 

Kemudian beliau telah bertugas sebagai guru di dan Sekolah Menengah Jalan Loop (SMK Bukit Mewah) Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Pei Hua, Seremban sehingga akhir tahun 1995. 

Pada tahun 1996 beliau telah melanjutkan pengajiannya di Universiti Teknologi Mara, Kampus Melaka di dalam Diploma Pentadbiran Awam sehingga 1998. 

Dan beliau menyempurnakan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LLB) beliau di UiTM Kampus Shah Alam mulai 1999 hingga ke tahun 2004. 

Sebaik tamat pengajian beliau telah ditawarkan berkhidmat sebagai Pegawai Pendakwa (Prosecution Officer) di Majlis Perbandaran Seremban pada tahun 2004 dengan status kontrak selama 2 tahun dan kemudian diserap sebagai Pegawai Pendakwa di MPS tetap pada Januari tahun 2006. Berbekalkan pengalaman beliau, beliau telah ditawarkan menjawat jawatan Pengarah Undang-Undang di Majlis Perbandaran Nilai

Beliau telah berkhidmat sebagai Pengarah Jabatan Undang-Undang & Penguatkuasa mulai 16 Jun 2007 sehingga kini.
- Editor -

Tiada ulasan: