Rabu, 21 Januari 2009

Majlis Penyampaian Hadiah Perbarisan Kebangsaan

Majlis Penyampaian Hadiah
Perbarisan Hari Kebangsaan Ke - 51

24 Disember 2008

Wisma Negeri, Negeri Sembilan


Majlis Penyampaian Hadiah telah diadakan bersempena pertandingan perbarisan Hari Kebangsaan Ke - 51. Majlis ini telah dirasmikan oleh YBhg Dato Hj Norzam Hj Mohd Nor, Setiausaha Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan. Majlis ini diadakan lewat memandangkan selepas sahaja 31 Ogos 2008, iaiatu pada 1 September 2008 merupakan permulaan Ramadhan. dan selepas Ramadhan pula, semua pihak terlibat dengan majlis sambutan Syawal seperti jamuan dan sebagainya. Apa pun, tahniah diucapkan kepada pasukan yang berjaya.

Pada pertandingan itu diumumkan bahawa Johan jatuh kepada pasukan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Negeri Sembilan. Naib Johan jatuh kepada pasukan Jabatan Bekalan Air (JBA). Manakala di tempat ketiga pula jatuh kepada pasukan Majlis Perbandaran Seremban (MPS). Tahniah diucapkan kepada yang berjaya, manakala kepada yang tidak berjaya, cuba lagi di masa-masa yang akan datang.


- Editor -

Tiada ulasan: