Lawatan Sambil Bersukan
9 hingga 11 Ogos 2008
Bandaraya Melaka
Satu program Lawatan Sambil Bersukan telah diadakan oleh Kelab Kebajikan & Sukan. Program ini telah dipengerusikan oleh En Nasiruddin (Pengarah Landskap) dan diselaraskan oleh En. Syamsul Amri (Pengarah Undang-Undang). Program ini telah mendapat kerjasama yang baik daripada pihak Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Melaka.
Menerusi program ini, telah diadakan beberapa siri perlawanan persahabatan. Pada 9 /8/2008 pada jam 5.00 petang, telah diadakan perlawanan persahabatan di antara pasukan MPN menentang pasukan SUK Melaka. Pasukan MPN yang tidak diberikan apa-apa harapan di dalam pertandingan ini membariskan ramai muka-muka baru yang baru sahaja berkhidmat di MPN. Sementara pasukan SUK Melaka pula dibarisi ramai pemain-pemain yang pernah beraksi di dalam peringkat tertinggi nasional dan sebagainya. Ramai yang menjangkakan bahawa pasukan MPN akan dibelasah dengan teruk di dalam perlawanan ini.

Namun jangkaan ini meleset. Sebaliknya pasukan MPN memberikan tentangan yang sengit dan hampir sahaja pasukan SUK Melaka di malukan di Stadium Hang Jebat. Perlawanan tersebut berkesudahan MPN tewas 0-1 kepada pasukan SUK Melaka.
Selepas selesai perlawanan tersebut keseluruhan kontinjen MPN terus sahaja bergerak dengan bas mereka menuju ke Pusat Makanan Laut di Umbai. Di sini mereka dijamu dengan pelabagai hidangan istimewa. Pihak SUK Melaka benar-benar memberikan layanan yang istimewa kepada seluruh warga MPN yang menyertai program ini. Pihak SUK pada malam itu menyatakan jika berkesempatan, mereka akan mengusahakan lawatan balas ke MPN.

Selepas selesai acara bebas, kesemua mereka telah pulang semula ke hotel dan pada malamnya telah diadakan satu dinner khas untuk kontinjen MPN di Klebang Becah Resort. Acara ini diserikan lagi dengan persembahan Karaoke oleh peserta-peserta kontinjen MPN. Persembahan Karaoke ini telah dikendalikan oleh En Ismadee. Mereka benar-benar gembira dengan acara yang cukup bermakna di sepanjang 2 hari mereka berada di Melaka.
Keesokan harinya seawal jam 9.00 pagi, kesemua ahli kontinjen bergerak pulang ke destinasi masing-masing. Syabas dan tahniah buat semua. Terima kasih buat En Nasirudin dan En Syamsul yang telah merealisasikan program ini dengan jayanya.
- Editor -
Tiada ulasan:
Catat Ulasan