28 Disember 2010, Port Dickson: Satu ceramah bertajuk "Integriti Dalam Perkhidmatan Awam" telah diadakan untuk kakitangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan. Ceramah ini merupakan sebahagian daripada seminar "Pengurusan dan Pemantapan Integriti" selama 3 hari dan 2 malam yang dijalankan oleh pihak SPRM Negeri bagi usaha memantapkan ilmu para anggota SPRM.
.
Program ini berlangsung di Hotel Bayu Beach Resort, Port Dickson. Ceramah ini telah disampaikan oleh En Syamsul Amri bin Hj Ismail, Pengarah Undang-Undang, Majlis Perbandaran Nilai (MPN). En Syamsul menyampaikan ceramahnya pada jam 11.30 pagi hingga ke jam 1.30 petang.
.
Ceramah beliau nyata mendapat sambutan yang baik di kalangan peserta.
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan