Ahad, 26 Disember 2010

PUU Juara Bowling 2010

24 Disember 2010, Seremban : Akhirnya setelah berjuang selama 12 bulan, gelaran juara 2009 yang menjadi milik Syahiran akhirnya bertukar tangan dengan kejuaraan dirampas oleh En Syamsul pada tahun 2010. Malahan, Syahiran bukan sahaja terlepas gelaran malahan juga terperosok ke tangga kelima ranking keseluruhan. Ini disebabkan oleh ketidak hadiran beliau di dalam 2 sirkit liga di pertengahan tahun 2010.
.
Namun Syahiran boleh menarik nafas lega apabila tersenarai sebagai salah seorang daripada peserta yang bakal mewakili Jabatan Undang-Undang untuk bertanding di pertandingan bowling antara jabatan yang bakal berlangsung pada 8 Januari 2010 nanti. 10 senarai teratas adalah layak untuk mewakili JUUP ke pertandingan berkenaan.
.
Saudara Nurhafiz mengungguli di tempat kedua, Saudari Nur Hanis di tempat ketiga dan Saudara Salim Saahmin di tempat keempat. Untuk keputusan penuh sila rujuk kolum ranking bowling di ruangan sebelah kanan.
.
Berikut dikongsikan beberapa gambar ketika upacara penyampaian hadiah serta jamuan makan sebaik sahaja selesai pertandingan pada 23 Disember 2010 yang lalu.
.














Isteri PUU menerima hadiah selaku wakil kepada PUU yang bergelar juara!
Suasana jamuan di Restoran Mc Donald Seremban Parade
Anak-anak PUU yang leka bermain
Sdr Sharulnizam yang menguruskan hal ehwal jamuan selaku Pengerusi Kelab JUUP


.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: