Rabu, 22 Disember 2010

Lawatan ke Kota Kinabalu, Detik Yang Sukar Dilupakan.....

9 Disember 2010, Nilai : Akhirnya pada 8 Disember 2010, selesailah satu program lawatan yang cukup bermakna buat semua ahli kumpulan Lawatan Sambil Belajar daripada MPN ke Kota Kinabalu yang disertai oleh para Pengarah, Pegawai, serta Ahli-Ahli Majlis Perbandaran Nilai.
.
Program yang telah sekian lama dirangka ini akhirnya menjadi kenyataan. Program ini sangat bermakna kerana jadual yang padat dengan tentatif yang mendorong setiap peserta membuat perbandingan terhadap keupayaan serta kelebihan yang ada pada Bandaraya supaya boleh diperbandingkan dengan Nilai demi idea serta inisiatif menambah baik keadaan serta kedudukan Nilai selaku Bandar baru yang bakal diterjemah hasrat menjadi sebuah Bandaraya.
.
Dato' Yang DiPertua ketika menerima cenderahati daripada pihak DBKK semasa lawatan rasmi dijalankan
.
Antara lain program ini mampu membuka seluas-luasnya konsep pemikiran serta minda para peserta tentang peri pentingnya perancangan, pembangunan sesebuah bandar demi kemaslahatan penduduk serta masyarakat yang mendiami sesebuah lokaliti.
.
Selain daripada itu, menerusi program ini, ahli-ahli majlis dapat juga mempererat hubungan bersama pegawai-pegawai majlis yang mana ini pasti dapat membantu kelicinan serta kelancaran aliran komunikasi agar setiap permasalahan yang wujud dapat diperbincangkan serta diselesaikan dengan lebih baik lagi.
.
Gambar ketika beramai-ramai merakamkan detik berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu
.
Dengan ini saya mengambil kesempatan ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Dato' Yang DiPertua serta sekelian urusetia Jabatan Khidmat Pengurusan MPN yang telah merealisasikan hasrat serta kelangsungan program Lawatan selama 4 hari dan 3 malam ini. Sementelahan pula ini merupakan kali pertama seumur hidup saya menjejakkan kaki di negeri di bawah bayu ini.
.
Gambar ketika baru tiba di Lapangan terbang Kota Kinabalu
.
Dengan ini juga saya tidak lupa mengucapkan terima kasih di atas kesudian EDITOR blog JUUP memuat turun (download) kesemua gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan semasa berada di Sabah. Sesungguhnya jasabaik anda hanya Allah sahaja dapat membalasnya.
.
Gambar ketika berada di Kg Bukit Nabalu. Di belakang saya itu merupakan Gunung Kinabalu yang mula dilitupi kabus.
.
Bergambar beramai-ramai bersama kru persembahan kebudayaan di Restoran Kampung Nelayan
.
Kepada semua pelayar-pelayar laman blog ini selamat menyaksikan rangkuman gambar-gambar yang telah dimuatkan di dalam folder-folder berikutnya, dan pastinya pihak Jabatan Undang-Undang & Penguatkuasa (JUUP) tiada halangan jika anda berhasrat untuk membuat salinan gambar-gambar menerusi blog ini untuk di bawa ke laman facebook, twitter, friendster, blog peribadi dan sebagainya.
.
Akhir kata, sekian dan Wassalam.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ikhlas daripada
.
Syamsul Amri Hj Ismail
Pengarah Undang-Undang
Majlis Perbandaran Nilai




Tiada ulasan: