Isnin, 20 Disember 2010

Program "Round-Table Discussion" SPRM Bersama MPN & MPS

Program "Round-Table Discussion" SPRM
Bersama MPS dan MPN
25 November2010
Bertempat di Klana Resort, Seremban
.
.
Satu program Round-Table Discussion (RTD) telah diadakan dan dianjurkan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan kerjasama pihak Majlis Perbandaran Nilai (MPN) dan Majlis Perbandaran Seremban (MPS).
.
Program telah bermula seawal jam 8.30 pagi dengan dimulakan dengan Ucapan oleh YBhg Dato' Hj Abd Halim bin Hj Abd Latif, Yang DiPertua MPS dan MPN. Sebaik sahaja selesai ucapan alu-aluan, majlis bersambung dengan ucapan perasmian oleh YBhg Dato' Hjh Sutinah binti Sutan, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM.
.
Sebaik sahaja selesai ucapan perasmian, majlis bersambung dengan sesi bicara ilmu dengan tajuk "Transformasi Minda Ke Arah Memerangi Rasuah" disampaikan oleh Tn Hj Anis Yusal bin Yusof.
.
Kemudian diteruskan pula dengan Forum yang dimulakan oleh En Hanizam Ahmad, Pengarah Undang-Undang MPS dengan tajuk "Halangan & Cabaran Dalam Penguatkuasaan Undang-Undang", Tuan Hishamudin Hashim, Pengarah SPRM Negeri Sembilan dengan tajuk "Gejala & Senario Rasuah PBT", dan sesi ketiga "Kelemahan Sistem dan Prosedur Dalam Urusan Pemilihan Kontraktor dan Penyenggaraan Projek-Projek Jalan" yang disampaikan oleh Pengarah Bahagian Pemeriksaan Dan Perundingan SPRM.
.
Sebaik selesai pembentangan, majlis berhenti rehat seketika bagi memberi laluan untuk makan tengahari dan juga solat Zohor.
.
Pada jam 2.00 petang, program bersambung kembali dengan perbincangan kumpulan yang telah dibahagi-bahagikan kepada tiga kumpulan. Sebaik selesai perbincangan, setiap kumpulan membuat pembentangan mulai jam 4.00 petang dengan dimulakan pembentangan oleh En Syamsul Amri bin Hj Ismail, Pengarah Jabatan Undang-Undang MPN selaku ketua kumpulan 1.
.
Selesai sahaja ketiga-tiga kumpulan membuat pembentangan wakil peserta iaitu Tn Hj Yusof bin Mohd Moor, Pengarah Jabatan Perlesenan MPS telah menyerahkan kesemua resolusi untuk perhatian dan tindakan Dato' Yang DiPertua MPS dan MPN.
.
Dan akhirnya, berlangsungnya penyampaian sijil kepada peserta.
.
Tahniah diucapkan kepada pihak SPRM di atas inisiatif dan usaha menjayakan program ini.
.
.
Berikut dikongsikan bersama gambar-gambar untuk tatapan semua....
.
Suasana di dalam Dewan Ballroom
Tn Hj Mustafa membacakan doa pembukaan

Dato' Yang DiPertua menyampaikan ucapan alu-aluan

Dato' Hjh Sutinah ketika menyampaikan ucapan perasmian
Ucapan perasmian yang padat dengan unsur ingatan dan nasihat...
Tayangan video oleh pihak SPRM kepada semua yang hadir Tn Hj Anis Yusal ketika sesi Bicara Ilmu En Hanizam Ahmad ketika memulakan sesi Forum


Tn Hishamudin Hashim, Pengarah SPRM Negeri Sembilan ketika membentangkan kertas kerja beliau

Banner program yang terpampang luas di luar bangunan Hotel Klana Resort Pembentangan Kertas Kerja ketiga
Suasana ketika perbincangan kumpulan diadakan

Suasana ketika minum petang, sebelum bermulanya pembentangan setiap kumpulanPn Norhezlin dan Pn Farah ketika sesi minum petang
En Syamsul Amri yang telah bersiap sedia membentangkan resolusi dari kumpulan 1
Pn Norhezlin yang ceria di sebelah En Syamsul
Tn Hj Yusof ketika mewakili peserta-peserta ketika menerima sijil penyertaan
Tn Hj Yusof ketika menyampaikan resolusi kepada Dato' Yang DiPertua
Sesi bergambar sebaik sahaja tamat program
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: