Rabu, 22 Disember 2010

Lawatan ke KK : Makan Malam di Bundusan

Lawatan ke Kota Kinabalu
6 Disember 2010
.
Makan Malam di Bundusan
.
Setelah selesai sesi lawatan di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu, di sebelah malamnya, semua ahli rombongan dibawa untuk makan malam di tempat makan yang digelar "Bundusan Cafe". Pada ketika inilah kesemua ahli rombongan dimaklumkan bahawa keesokan harinya, satu lawatan ke kaki gunung Kinabalu telahpun diaturkan untuk semua.
.
Berita ini disambut dengan gembira oleh ahli rombongan, kerana, tidak lengkap rasanya jika ke Kota Kinabalu tanpa melawat tarikan utamanya iaitu Gunung Kinabalu.
.
Sebaik selesai makan, kesemua ahli dihantar kembali semula ke hotel penginapan. Ada juga yang minta diturunkan di Pasar Malam bagi mula mencari mutiara-mutiara yang cukup terkenal di Kota Kinabalu ini.
.
















Ha inilah suasana ketika di Pasar Malam!


.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR


Tiada ulasan: