Lawatan ke Kota Kinabalu
8 Disember 2010
.
Bersiar-siar di Bandaraya Kota Kinabalu
.
Seawal pagi jam 8.00 kesemua ahli rombongan telah mengambil keputusan keluar ke Bandaraya KK untuk membeli belah buat kali terakhir sebelum berangkat pulang pada petangnya. Oleh yang demikian, ramailah ahli rombongan yang terlibat kelihatan di sekitar Bandaraya KK. Inilah peluang terakhir untuk mendapatkan mutiara, ikan masin, makanan laut segar dan sebagainya. Menerusi perjalanan ini ahli rombongan juga telah berpeluang melawat Pasar Besar KK yang nyata bersih dan terhindar dari kekotoran yang sewajarnya dicontohi oleh peniaga-peniaga di Nilai.
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan