Selasa, 24 Mac 2009

Bengkel Pengurusan Audit Nilai, di Klana Resort, Seremban

Satu Bengkel Pengurusan Audit Nilai telah dianjurkan oleh pihak Majlis Perbandaran Seremban pada 23 Mac 2009. Program ini berlangsung di Klana Resort, Seremban. Program ini disertai oleh kakitangan dari pelbagai Jabatan di dalam Majlis Perbandaran Seremban serta Majlis Perbandaran Nilai. Bengkel ini telah berlangsung sejak jam 8.30 pagi hinggalah jam 4.30 petang.


Bengkel ini diadakan berasaskan kepada Arahan YAB Perdana Menteri dalam arahan perkhidmatan No. 1 Tahun 1998 serta Siri 2, No. 1 Tahun 2000 melalui Garispanduan Pelaksanaan Penyeliaan Program-Program Nilai Murni.


Bengkel ini juga berteraskan kepada Jawatankuasa Sistem Pengurusan Audit Nilai yang bermula sejak 21 Disember 2004. Jawatankuasa ini dianggotai oleh 5 orang ahli akademik daripada UIAM, UKM, UUM, UM dan UPM dan seorang Perunding Pengurusan. Ia turut dianggotai wakil dari MAMPU, IKIM, IIM, BPA dan SPRM. Bahagian Perkhidmatan Psikologi, JPA bertindak selaku urusetia.

Objektif bengkel ini diadakan adalah:

1. Memastikan program-program nilai murni dilaksanakan dengan berkesan dan mencapai matlamat;

2. Panduan merangka strategi meningkatkan pemahaman, penghayatan dan pengamalan nilai di agensi;

3. Bukan mencari kelemahan tetapi lebih kepada usaha pembangunan


Faedah daripada Bengkel ini antara lain; mampu mendapatkan maklumat berhubung tahap amalan nilai di organisasi, menilai kembali program-program nilai yang telah dilaksanakan untuk membuat penambahbaikan atau pembentukan program baru dan; membuat perancangan program-program nilai yang diperlukan.

Ceramah dan Praktikal (Latih-Amal) Bengkel ini telah dikendalikan oleh En Chris Abas, daripada Bahagian Perkhidmatan Psikologi, JPA dari Putrajaya.
Antara peserta yang terlibat di dalam Bengkel
En Chris Abas tenang menyampaikan penerangan mengenai sistem Audit Nilai

Antara kakitangan MPS dan MPN yang bekerjasama pada sesi latih amal
En Bachik bin Osman (Pengarah Jabatan Sukan, Rekreasi, Kebudayaan dan Warisan, MPS) menyampaikan ucapan Perasmian Penutup selaku wakil daripada pihak MPS

- Editor -

Tiada ulasan: