Selasa, 24 Mac 2009

Jamuan Makan Malam MPS & Sambutan Ulangtahun MPS Ke - 112

Pada 20 Mac 2009, telah berlangsungnya Majlis Jamuan Makan Malam Majlis Perbandaran Seremban (MPS) serta Sambutan Ulangtahun MPS Yang Ke - 112. Majlis berlangsung di Dewan Majlis Perbandaran Seremban bermula jam 8.00 malam. Majlis ini telah dirasmikan oleh YAB Dato Seri Utama, Hj Mohamad bin Hj Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan. Turut hadir , YB Dato Hj Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan, YB Dato Radzak Mansor, Speaker Dewan Undangan Negeri, serta beberapa orang Exco Kerajaan Negeri Sembilan seperti; YB Dato Radzi Kail, YB Dato Yunus Rahmat dan lain-lain lagi.

Beberapa orang pegawai dan kakitangan MPN turut hadir ke majlis ini termasuklah En Syamsul Amri bin Hj Ismail (Pengarah Undang-Undang, MPN).

Majlis ini dimulakan dengan persembahan koir yang disampaikan oleh Kumpulan Koir MPS. Majlis kemudiannya diteruskan dengan jamuan diiringi oleh pertandingan Phantomin yang disampaikan oleh Kumpulan Merah, Biru, Kuning dan Hijau yang mana terdiri dari pada kaitangan MPS. Pertandingan ini menawarkan hadiah RM 3,000 (Johan), RM 2,000 (Naib Johan), RM 1,000 (Ketiga) serta RM 500 (Keempat). Pertandingan ini bertemakan "MPS Sebagai Sebuah Bandaraya". Tempat pertama pertandingan ini telah digondol oleh Rumah Merah.

Di dalam majlis ini turut menyediakan 50 hadiah cabutan bertuah yang dicabut disepanjang majlis khusus untuk kesemua yang hadir pada malam tersebut.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan ucapan oleh YBhg Dato Hj Abd Halim bin Hj Abd Latif, Yang DiPertua Majlis Perbandaran Seremban. Dan akhirnya Majlis ditutup dengan Ucapan Perasmian oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan.

YAB Menteri Besar kemudiannya menyampaikan cenderahati kepada para pemenang pertandingan Phantomin yang dipersembahkan pada malam itu.
Kelihatan YAB Menteri Besar duduk di Meja VVIP berhadapan Pentas
Persembahan memukau oleh salah seorang kakitangan MPS
Kakitangan MPS menggambarkan kreativiti masing-masing di dalam pementasan phantomin


Pengarah Undang-Undang yang turut hadir ke majlis ini meskipun baru sahaja pulang dari Johor Bharu
YAB Menteri Besar menyampaikan hadiah kepada para pemenang

Tiada ulasan: