Isnin, 9 Mac 2009

MPN Tempah Tiket Ke Perlawanan Akhir !!!!

9 Mac 2009 - Belum pun reda semangat berarak di Sambutan Maulidur Rasul 1430 Hijrah di sebelah paginya, MPN sekali lagi membuktikan kehebatannya apabila pada sebelah petangnya beraksi cemerlang dengan menumpaskan pasukan Majlis Daerah Tampin dengan jaringan 2-0. Perlawanan yang berlangsung di dalam keadaan padang basah dan rebas tidak menghalang MPN untuk beraksi cemerlang menewaskan pasukan MD Tampin di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.
Kedua-dua gol telah dijaringkan pada separuh masa pertama oleh Federaushan. Perlawanan yang bermula pada jam 4.30 petang ini adalah perlawanan bagi menentukan siapakah yang bakal beraksi di pentas Final pada 14 Mac ini di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.
Sementara itu, pada sebelah malamnya, di Stadium yang sama, pasukan MD Kuala Pilah yang dikatakan sebagai pasukan favourite untuk ke akhir, dikejutkan oleh pasukan MD Jempol dengan jaringan 3-0. MD Jempol benar-benar menggunakan kelebihan apabila MD Kuala Pilah bermain dengan 10 pemain apabila salah seorang pemainnya diperintah keluar padang akibat kekasaran yang dilakukan.

Dengan kemenangan ini, MD Jempol akan menentang MPN pada perlawanan akhir yang pastinya dijangka sengit dan menarik meskipun di peringkat kumpulan, MPN menewaskan MD Jempol dengan jaringan 4-1. Suasana pertandingan akhir pastinya berbeza. Namun, MPN pastinya tidak akan melepaskan peluang ini untuk memastikan MPN terus cemerlang dan berjaya di perlawanan akhir nanti.

Tahniah buat Fairuz (Jurulatih MPN) serta kesemua pegawai yang terlibat. Bersama-samalah kita mendoakan kejayaan pasukan MPN di pentas Final !!!

Tiada ulasan: