Isnin, 9 Mac 2009

Perhimpunan Pagi MPN (Februari 2009)

Perhimpunan Pagi bagi bulan Februari 2009 telah diadakan pada 26 Februari 2009. Majlis Perhimpunan pagi ini bermula seawal jam 8.00 pagi. Majlis Perhimpunan Pagi kali ini menampilkan Ceramah berkaitan Organisasi.

Ceramah ini telah disampaikan oleh Dato' Dr. Ismail bin Noor. Beliau menyampaikan ceramah bertajuk "Organisasi Dinamik". Ceramah beliau yang menarik ini berakhir pada jam 9.00 pagi. Antara lain, beliau menekankan kepada kesemua pihak agar mengamalkan Empat Perlakuan di dalam organisasi bagi memastikan MPN benar-benar dapat mewujudkan sebuah organisasi yang dinamik iaitu MUAFAKAT/SYURA, ADIL DAN SAKSAMA, KEBEBASAN BERSUARA dan BERADAB DALAM PERSELISIHAN FAHAM.

Beliau turut menerangkan 3 Fungsi pemimpin iaitu:

1. Pemimpin haruslah berupaya memberikan kesejahteraan kepada mereka yang dipimpin.

2. Pemimpin atau bakal pemimpin hendaklah menyediakan satu organisasi/unit sosial, di mana mereka yang berada di dalamnya akan sentiasa berasa selamat.

3. Pemimpin hendaklah mewujudkan pada pengikut-pengikutnya satu set kepercayaan atau nilai murni yang diperkongsikan.

Apabila selesai ceramah beliau Y.Bhg Dato Hj Abd Halim bin Hj Abd Latif (Yang DiPertua) mewakili pihak MPN telah sudi menyampaikan cenderahati buat penceramah jemputan pada kali ini. Majlis ini telah turut dihadiri oleh Tn Hj Ali bin Luman (Setiausaha MPN), Ketua-Ketua Jabatan serta keseluruhan kakitangan MPN.


Di antara kakitangan yang turut hadir mendengar ceramah yang disampaikan
Kakitangan memenuhi ruang Bilik gerakan bagi mendengar ceramah menarik
Kelihatan Dr Ismail menyampaikan ceramah sambil Dato YDP dan Ketua-Ketua Jabatan mendengar dengan penuh fokus
- Editor -

Tiada ulasan: