Isnin, 9 Mac 2009

Mesyuarat Belanjawan MPN 2010 di Tiara Beach Resort

Satu Mesyuarat Belanjawan (Bajet) bagi Belanjawan Tahun 2010 telah diadakan pada 3 hingga 5 Mac 2009 bertempat di Tiara Beach Resort, Port Dickson. Lebih kurang 30 orang kakitangan MPN telah berkampung di sana bagi menyusun strategi belanjawan bagi melicinkan perjalanan operasi MPN di dalam memberikan perkhidmatan kepada masyarakat di bawah jajahan takluk Nilai.
Seperti kebiasaannya, Jabatan Perbendaharaan merupakan Jabatan yang paling sibuk selaku urusetia di dalam memastikan belanjawan dapat disiapkan mengikut jadual. Kakitangan Perbendaharaan berjaga sehingga jam 3.00 pagi bagi belanjawan yang disediakan tepat serta sesuai untuk dilaksanakan.
Sesi pembentangan mengikut Jabatan telah diadakan pada 4 Mac 2009 dan telah disambung pada 5 Mac 2009 di hadapan Dato Yang DiPertua MPN.
En Syamsul Amri Ismail telah membentangkan belanjawan yang dirancangkan oleh Jabatan Undang-Undang. En Syamsul Amri telah dibantu oleh saudara Hasnor Effendi serta saudara Shahrulnizam Johari.
Setelah selesai kesimpulan dan rumusan dibuat oleh Dato Yang DiPertua, kesemua peserta telah meninggalkan Tiara Beach Resort dan berangkat pulang ke destinasi masing-masing pada 5 Mac 2009 mulai jam 2.00 petang.


Gambar yang sempat dirakamkan oleh En Syamsul ketika bersama En Nasiruddin di Restoran Ikan Bakar Kg Telok.
- Editor -

1 ulasan:

Azwai berkata...

Salam Tuan Editor,

Terima Kasih di atas pembentangan bajet yang telah di bentangkan semasa Mesyuarat Belanjawan MPN 2010 yang lalu, Harapkan kami moga Jabatan Undang-Undang Dan Penguatkuasaan akan lebih efisen dan lebih jitu dalam menjalankan tugas yang telah di amanahkan.