Ahad, 15 Mac 2009

Motivasi LA 21 di DUN Rantau

Satu Program Motivasi & Kecemerlangan Diri Pelajar-Pelajar Sekolah DUN Rantau telah diadakan pada 12 Mac 2009 bertempat di Dewan Orang Ramai Rantau. Program ini telah mendapat sambutan yang baik dari sekolah-sekolah di DUN Rantau. Program yang julung kali diadakan ini telah mendapat kerjasama yang baik dari pihak guru-guru mahupun pelajar yang turut sama menjayakan program ini.

Program ini telah turut dijayakan oleh seramai 40 orang pelajar dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang bertindak sebagai 'pemudahcara' (fasilitator) di dalam memberikan panduan (guidance) kepada pelajar-pelajar sekolah agar lebih fokus serta memahami teknik yang lebih tepat dan jelas di dalam memastikan kejayaan di dalam peperiksaan yang bakal ditempuhi.

Majlis penutup telah dilangsungkan dengan meriah sekali pada petangnya dengan Majlis Penutup ini telah disempurnakan oleh YAB Dato Seri Utama Dato Hj Mohamad bin Hj Hasan (Menteri Besar Negeri Sembilan). Majlis ini turut dihadiri oleh YB Dato Abdul Razak, Pegawai Kewangan Negeri, Dato Hj Abd Halim bin Hj Abd Latif, Yang DiPertua MPN, Pemimpin-Pemimpin Masyarakat, Ketua-Ketua Jabatan MPN, serta penduduk-penduduk di sekitar MPN.

Di dalam ucapan alu-aluan oleh YDP MPN, Dato Hj Abd Halim berkata, "Program ini diadakan sebagai salah satu daripada agenda Local Agenda 21 yang dicernakan daripada persidangan bumi hijau di Rio De Janeiro, Brazil. Salah satu daripada tugasan LA 21 ini termasuklah kepada tanggungjawab sosial. Maka tanggungjawab ini dijalankan termasuklah di dalam menjaga aspek pembangunan sosial dan pendidikan di dalam diri pelajar-pelajar".

Sementara itu YAB Menteri Besar pula memuji langkah MPN di dalam menjayakan usaha ini, "Saya sendiri sememangnya gembira dengan usaha ini serta berharap kerajaan sendiri akan terus membantu bagi merealisasikan hasrat menjadikan kawasan Nilai ini sebagai satu lembah pendidikan atau 'hub pendidikan'."

YAB Menteri Besar turut memuji pelajar-pelajar USIM yang telah sanggup melapangkan masa untuk memberikan tunjuk ajar kepada anak-anak DUN Rantau ini. Beliau juga sendiri ketika zaman di universiti selalu membantu pelajar-pelajar sekolah ketika waktu cuti semester.

Selepas ucapan perasmian penutup oleh YAB Menteri Besar, YAB Menteri Besar telah menyampaikan cenderahati kepada kesemua fasilitator yang merupakan pelajar-pelajar dari USIM. YAB Menteri Besar pule kemudiannya telah menerima cenderahati kenang-kenangan daripada Y.Bhg Dato Yang DiPertua MPN.

Tahniah diucapkan kepada urusetia yang telah menjayakan program tersebut.


Pentas Penutup Yang Telah Dihias Indah oleh kakitangan Jabatan Landskap MPN
Dato Hj Abd Halim (Yang DiPertua MPN) ketika menyampaikan ucapan Alu-Aluan
YAB Menteri Besar ketika menyampaikan Ucapan Perasmian Penutup
Di antara orang ramai yang membanjiri Dewan Orang Ramai, Rantau
YAB Dato Seri Utama Hj Mohamad bin Hj Hasan menyampaikan cenderahati kepada Fasilitator daripada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)



Senarai Jawatankuasa
Program Motivasi & Kecemerlangan Diri Pelajar Sekolah DUN Rantau

Penaung

Dato Hj Abd Halim bin Hj Abd Latif
Yang DiPertua Majlis Perbandaran Nilai

Penasihat

Tuan Hj Ali bin Luman
Setiausaha Majlis Perbandaran Nilai

Pengerusi

En Saiful Azuar bin Ahmad Jadi
Pengarah Jabatan Hal Ehwal Komuniti & Aduan Awam

Setiausaha

Cik Nur Wahida binti Shamsu Ariffin
Penolong Pegawai Penerangan

Ahli-Ahli Jawatankuasa

Puan Norleeza binti Zainuddin
Pn Norita binti Bakri
En Mohd Razali Ismail
En Nor Mohd Azrin bin Zainuddin
En Mohamad Mahfuz bin Mohd Yusof
Pn Norhazlina binti Mohamad
Pn Azian binti Mohd Shariff
En Badrolesham bin Baharuddin
Cik Suridah Aini binti Mohd Surin
Pn Faridah binti Abu Bakar
En Nordin bin Hj Nor
En Mohd Hairi bin Hj Razak
- Editor -

Tiada ulasan: