Isnin, 23 Mac 2009

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Pihak Berkuasa Tempatan 2009

Satu Majlis Perundingan Pihak Berkuasa Tempatan 2009 telah diadakan di Johor Baharu pada 18 hingga 20 Mac 2009, bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa (PERSADA), Johor Baharu. Majlis ini dimulakan dengan jamuan makan malam bertempat PERSADA pada jam 8.00 malam, 18 Mac 2009. Majlis ini disertai oleh semua YDP serta wakil PBT-PBT di seluruh negara.
Tetamu kehormat yang telah hadir di dalam Majlis jamuan pada malam tersebut adalah YB Datuk Hj Zahri bin Jamil, Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan Kemudahan Awam Negeri Johor. Turut hadir ke majlis berkenaan adalah YBhg Dato Ahmad bin Hj Kabit, Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.


Pada malam tersebut juga Datuk Arfah telah mengumumkan senarai pencapaian star rating (SSR PBT) bagi tahun 2008. Tiada PBT yang berjaya meraih 5 bintang. Namun, sebanyak 10 PBT telah berjaya mencapai tahap 4 bintang iaitu :

1. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (84.5%)
2. Majlis Perbandaran Subang Jaya (84.4%)
3. Majlis Bandaraya Petaling Jaya (80.5%)
4. Majlis Bandaraya Shah Alam (80.5%)
5. Majlis Perbandaran Kuantan (80.25%)
6. Majlis Bandaraya Johor Bahru (79.4%)
7. Majlis Perbandaran Alor Gajah (77.45%)
8. Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (77.4%)
9. Majlis Perbandaran Klang (76.2%)
10. Majlis Perbandaran Manjong (76.1%)

Pada Majlis ini MPN telah diwakili oleh En Syamsul Amri bin Hj Ismail (Pengarah Undang-Undang) serta En Zulkiefly Nasir (Pengarah Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta). Manakala Y.Bhg Dato Hj Abd Halim bin Hj Abd Latif iaitu YDP MPN turut hadir selaku wakil pihak Majlis Perbandaran Seremban.

MPS dan MPN sama-sama memperolehi 3 bintang daripada penilaian SSR-PBT 2008.

Menurut KSU KPKT menyatakan jika sekiranya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dapat memberikan perkhidmatan yang baik, maka pada kacamata rakyat kemajuan adalah baik. Menerusi pakej rangsangan awam, kerajaan telah bersetuju untuk membuka jawatan untuk beratus-ratus jawatan kontrak bagi tujuan membantu mempertingkatkan prestasi perkhidmatan awam.

Beliau menambah lagi "whatever decisions that have been made, without implementation, will be meaningless".

Kursus yang berlangsung selama 3 hari itu turut membentangkan beberapa kertas kerja melibatkan:

a) Sesi 1 : Denggi dan Cikungunya oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
b) Sesi 2 : Kesedaran Mengenai Kebersihan Tandas oleh Persatuan Tandas Malaysia (QRAM)
c) Sesi 3 : Sistem Penggredan PBT (SSR-PBT) oleh Datuk Arfah (KPKT)
d) Sesi 4 : Garispanduan Papan Iklan Luar (Billboard)
e) Sesi 5 : Pelaksanaan COB di PBT : Isu dan Cabaran
f) Sesi 6 : Pelaksanaan Perbadanan Pelupusan Sisa Pepejal, Akta 663, Isu dan Cabaran
g) Sesi 7 : Penerangan Berkenaan Lesen dan Perniagaan

Majlis Makan Malam dan Anugerah Star Rating Pihak Berkuasa Tempatan
PBT yang meraih 4 bintang dijemput naik ke atas pentas bagi menerima sijil serta geran berjumlah RM 200,000 daripada pihak KPKT









Selamat maju jaya diucapkan buat MPN dan semoga dalam tahun mendatang MPN berjaya memperolehi 4 dan 5 bintang, insya Allah.

- Editor -

Tiada ulasan: